Institusi Pendidikan Hira'
Institusi Pendidikan Hira'

Institusi Pendidikan Hira'

Institusi Pendidikan Hira' (IPH atau IPHira') merupakan sebuah institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan yang seimbang dan bersepadu yang terletak di Selangor, Malaysia. IPH menawarkan sistem pendidikan Islam yang merangkumi kurikulum akademik, deeniyyah (agama), kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti luar darjah bagi membentuk para pelajar dengan keperibadian muslim yang unggul. Institusi Pendidikan Hira' telah ditubuhkan pada 1985 dengan hanya sebuah sekolah rendah. Kini setelah lebih 30 tahun penubuhannya, terdapat 2 buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, sebuah maahad tahfiz dan 3 buah tadika telah berjaya ditubuhkan.

Institusi Pendidikan Hira'

Afiliasi Sekolah-Sekolah Islam Malaysia
Afiliasi agama Islam
Lagu Generasi Hira'
Jantina Lelaki & Perempuan
Julat umur 5 - 17 tahun
Gred Tadika - Tingkatan 5
Alumni Alumni Hira' (ALIPH)
Kampus Batu Belah, Jeram, Shah Alam
Bahasa pengantar Melayu, Inggeris, Arab
Laman sesawang Laman Web Rasmi IPHira'
Ditubuhkan 1985
Penerbitan Buletin Hira'
Jenis Sekolah Agama Persendirian (Swasta)